[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Ahmad Sarji dirawat di ICU komplikasi COVID-19

Astro Awani 07/08/2021 | 03:06 MYT
Berita berkenaan kemasukan Ahmad Sarji ke hospital dimaklumkan Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dalam satu muat naik di Facebook PGM. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras akibat komplikasi virus COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) dalam satu muat naik di Facebook PGM.
“Kami memohon kepada anda semua mendoakan untuk kesihatan Tun agar beliau cepat sembuh dan menjalani kesihatan yang baik,” kata hantaran itu.
Ahmad Sarji merupakan Ketua Setiausaha Negara dari tahun 1990 hingga 1996 ketika pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB)
#COVID-19 #ICU #Bekas Ketua Setiausaha Negara #Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid #unit rawatan rapi