KUCHING: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Ahmad Urai Abang Muhideen mengetuai senarai penerima darjah kebesaran negeri sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pada Sabtu.
Ahmad Urai menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, yang membawa gelaran Datuk Amar.
Ahmad Urai dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara bermula 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990, bagi menggantikan Tan Sri Benedict Stephens. Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat sejak Ogos 1985.
Terdahulu, veteran politik Sarawak ini pernah dilantik sebagai Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak pada 1976 dan sebagai Menteri Muda Pertanian dan Masyarakat pada 1981 hingga 11 Oktober 1984.
Sebelum terlibat dalam politik, beliau merupakan penjawat awam negeri untuk lebih 18 tahun.
Turut menerima pingat yang sama, secara posthumous, ialah bekas anggota kabinet pertama Sarawak, Allahyarham Dato Seri Pengiran Hipni Pengiran Annu.
Sebelum dilantik menyertai kabinet yang dipimpin Stephen Kalong Ningkan itu, Pengiran Hipni merupakan seorang tokoh politik yang dilantik sebagai kaunselor bagi kawasan Matu.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, merupakan antara enam penerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato Sri.
Turut menerima darjah yang sama Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin; Peguam Besar Negeri, Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid; Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Pengerusi KKB Engineering Berhad, Datuk Kho Kak Beng.
Dua individu pula menerima pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk iaitu Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Ukas, Abdullah Saidol dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shin Yang, James Ling Lu Kiong.
Sementara itu, seramai 13 orang menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak yang membawa gelaran Datu iaitu Kameri Affandi, Edwin Abit, Dr Rashidah Bolhassan, Sherrina Hussaini, Indit Bangai, Jack Aman Laut, Abdullah Julaihi, Lau Hieng Ung, Prof Madya Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Dr Azhar Ahmad, Khirudin Drahman@Hussaini, Muhammad Yakub Kari dan Hashim Bojet.
Sementara itu, 17 orang menerima Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato.
Mereka ialah Senator Dr Zaiedi Suhaili, Senator Dr Nuing Jeluing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, ADUN Samalaju Majang Renggi, ADUN Layar Gerrald Rentap Jabu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata, Datin Dr Zaliha Christine Abdullah, Dr Chin Zin Hing, Haidar Khan Asghar Khan, Profesor Dr Spencer Empading Sanggin, Christopher Adrian, Chai Voon Tok, Dona Babel, Polit Hamzah, ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg, Temenggong Wilfred Billy Panyau dan Temenggong Austin Dimin Niyon.
Munirah Mudzamli
Fri Oct 08 2021
Ahmad Urai, Abdul Karim dan Pandelela antara penerima darjah kebesaran TYT Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Sabtu. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.
Pandelela terlepas kelayakan Olimpik acara 10m platform
Pandelela hanya menduduki tempat ke-29 dengan 231.15 mata, ketinggalan 204.05 mata di belakang juara dunia Chen Yuxi (435.20 mata).