awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Yakob dakwa tak pernah lulus projek pembalakan baru

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
25/04/2018
07:47 MYT
Ahmad Yakob dakwa tak pernah lulus projek pembalakan baru
Ahmad mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak BBC, Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh jabatan serta pegawai kerajaan yang telah memberikan kerjasama kepadanya selama ini. - Gambar fail
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menegaskan hari ini, sepanjang pentadbirannya selama sepenggal menerajui kerajaan negeri, beliau tidak pernah meluluskan permohonan baru projek ladang hutan TLC (Timber Lateks Clons).
Katanya sepanjang tempoh lima tahun beliau menerajui kerajaan, tiada kelulusan diberi untuk pengecaman dalam hutan simpan.
Dalam satu kenyataan yang dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan di Kota Darulnaim di sini hari ini, beliau menjelaskan, segala aktiviti pembalakan yang sedang berjalan ketika ini adalah di bawah kelulusan yang telah dibuat pada penggal yang lepas.
Ahmad turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak BBC, Setiausaha Kerajaan Negeri dan seluruh jabatan serta pegawai kerajaan yang telah memberikan kerjasama kepadanya selama ini.
Malam ini Pas Kelantan dijangka mengumumkan senarai calon mereka yang akan bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Kelantan
#kelulusan
#Menteri Besar
#pembalakan
#pengecaman
#permohonan baru
#projek ladang hutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan