MALAYSIA
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Ahmad Zahid Hamidi (kiri) mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah di Putrajaya, pada Selasa. - Gambar Facebook Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, sekali gus menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau di Kementerian itu.
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata, pertemuan yang berlangsung di Putrajaya itu, turut menjadi platform untuk merakamkan penghargaan kepada Abdul Halim atas kepimpinan beliau sepanjang menerajui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
"Saya seterusnya bertemu Ketua Pengarah NADMA yang baharu Tuan Meor Ismail Meor Hakim.
"Perbincangan kami tertumpu kepada aspek kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, selain pengukuhan keupayaan tindak balas bencana agar lebih tersusun dan berkesan," katanya.
Beliau turut menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohammad Abiddin Abd Rahman, dengan menekankan peranan penting APM sebagai barisan hadapan dalam menjamin keselamatan rakyat.
Sesi itu turut disempurnakan dengan penyerahan Watikah Tauliah Ketua Pesuruhjaya APM kepada Mohammad Abiddin.
"Insya-Allah, semua pertemuan hari ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan sistem penyampaian Kerajaan sentiasa bersedia, tersusun dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA