MALAYSIA
Ahmad Zahid cadang tubuh Majlis Pengurusan Bencana Negara
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara membolehkan keputusan strategik dibuat dengan lebih pantas, tegas dan berkesan. - Gambar fail/ Bernama
PUCHONG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara sebagai badan tertinggi menyelaras pengurusan bencana.
Beliau yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata, majlis ini bertujuan menyelaras semua aspek secara bersepadu merentas kementerian dan agensi, sekali gus membolehkan keputusan strategik dibuat dengan lebih pantas, tegas dan berkesan.
"Dalam situasi krisis, komunikasi maklumat harus datang hanya dari satu sumber, bukan pelbagai sumber yang boleh menyebabkan kekeliruan.
"Semua agensi harus dikoordinasikan oleh satu pusat dan seterusnya berhubung dengan masyarakat menerusi satu jurucakap.
"Bukannya kita tamak kuasa, tetapi ini adalah soal penyelarasan maklumat dan operasi ketika situasi krisis. Nadma akan menyediakan kertas Kabinet dalam tempoh sebulan untuk diedarkan kepada semua kementerian dan menteri bagi dibincangkan," jelas Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 kepada Warga Nadma, di sini, pada Khamis.
Tambah beliau, dalam mendepani bencana, segala tindakan dan pengumpulan maklumat harus dilakukan secara masa nyata tanpa berlengah kerana setiap saat itu berharga.
"Soal nak tunggu maklumat dari jabatan atau kementerian tertentu baru boleh bertindak, itu cara lama. Caranya mesti real time, kita tak boleh tunggu bulan atau tahun, ia mesti sekarang.
"Kita mesti cepat, pada hari sama bertindak, ini baru pengurusan cekap, lebih-lebih lagi kita agensi berkaitan bencana yang mahu mengurangkan impak kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda," kata Ahmad Zahid.
Memasuki tahun 2026, Ahmad Zahid berkata Nadma menggariskan tiga hala tuju strategik iaitu yang pertamanya kesiapsiagaan berasaskan sains, data dan teknologi supaya tindakan awal boleh dilakukan sebelum bencana berlaku.
Seterusnya tindakan pantas, terselaras dan berdisiplin yang bergantung kepada struktur arahan jelas dan protokol respons kebangsaan standard.
Akhir sekali, katanya kemanusiaan berteras nilai dan empati yang menekankan keselamatan serta maruah mangsa sebagai keutamaan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan buat semua wira di barisan hadapan, seluruh anggota Nadma serta Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) atas usaha keras mereka sepanjang tahun 2025.
"Walaupun cabaran bencana sentiasa berubah rupa, kecekalan NAdma tetap teguh demi kesejahteraan rakyat. Saya mungkin antara segelintir kecil menteri yang tidak mengambil cuti akhir tahun.
"Biarpun mereka (menteri lain) kebiasaannya pada penghujung tahun bersama keluarga di luar negara, menikmati cuaca iklim sejuk, tetapi saya sanggup berpanas, berhujan dan meredah banjir demi rakyat," kata Ahmad Zahid.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini