awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti 'kedai kopi'

Bernama
Bernama
30/06/2022
09:19 MYT
Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti 'kedai kopi'
Pihak pendakwaan hari ini menegur Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti 'kedai kopi' atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan dalam perbicaraan kes yang dihadapinya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini menegur Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti 'kedai kopi' atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan dalam perbicaraan kes yang dihadapinya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran membuat teguran itu apabila Ahmad Zahid berkali-kali tidak menjawab soalan secara spesifik dan mahu memberi penjelasan, sedangkan pendakwaan tidak meminta berbuat demikian.
Selepas beberapa kali Raja Rozela bertanyakan soalan itu dan menegur supaya menjawabnya secara spesifik, Ahmad Zahid akhirnya menjawab "Setuju".
Raja Rozela kemudian mengucapkan "Terima kasih, terima kasih Datuk Seri, terima kasih banyak, manakala Ahmad Zahid menjawab "Terima kasih kepada anda juga".
Berasa sinis dengan jawapan Ahmad Zahid itu, Raja Rozela kemudian berkata "Hati-hati Datuk Seri. Datuk Seri dekat dalam mahkamah ya, bukan dekat kedai kopi, bukan dekat majlis tertinggi, saya ingatkan anda sebagai pegawai mahkamah".
"Datuk Seri kena belajar untuk hormat mahkamah Datuk Seri ya. Bila saya tanya soalan dan soalan itu adalah spesifik, Datuk Seri tolong lah jawab soalan itu secara spesifik melainkan saya suruh Datuk Seri memberikan penjelasan.
"Saya adalah pegawai mahkamah Datuk Seri. Saya dan rakan bijaksana saya, peguam-peguam Datuk Seri adalah pegawai mahkamah. Kami menjalankan tugas untuk menjalankan prosiding ini untuk mahkamah ini Datuk Seri. Saya minta sangat-sangat Datuk Seri tolong lah fokus, kalau tidak sampai malam kita di sini (mahkamah)," tegas Raja Rozela.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid bangun dan menyatakan anak guamnya perlu diberikan peluang untuk memberikan penjelasan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian berkata pendakwaan memberikan pandangan sedemikian kerana Ahmad Zahid tidak menjawab soalan secara spesifik, sebaliknya memberikan penjelasan.
"Kadangkala saksi diberikan peluang untuk memberikan penjelasan, tetapi apabila ditanya sama ada saksi setuju atau tidak, saksi hanya perlu menjawab sama ada setuju atau tidak. Oleh sebab itu pendakwaan berpandangan begitu," kata Hakim Sequerah.
Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik YAB selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#pendakwaan
#mahkamah
#kedai kopi
#Timbalan Pendakwa Raya
#Raja Rozela Raja Toran
#kes rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan