KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini menegur Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti 'kedai kopi' atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan dalam perbicaraan kes yang dihadapinya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran membuat teguran itu apabila Ahmad Zahid berkali-kali tidak menjawab soalan secara spesifik dan mahu memberi penjelasan, sedangkan pendakwaan tidak meminta berbuat demikian.
Selepas beberapa kali Raja Rozela bertanyakan soalan itu dan menegur supaya menjawabnya secara spesifik, Ahmad Zahid akhirnya menjawab "Setuju".
Raja Rozela kemudian mengucapkan "Terima kasih, terima kasih Datuk Seri, terima kasih banyak, manakala Ahmad Zahid menjawab "Terima kasih kepada anda juga".
Berasa sinis dengan jawapan Ahmad Zahid itu, Raja Rozela kemudian berkata "Hati-hati Datuk Seri. Datuk Seri dekat dalam mahkamah ya, bukan dekat kedai kopi, bukan dekat majlis tertinggi, saya ingatkan anda sebagai pegawai mahkamah".
"Datuk Seri kena belajar untuk hormat mahkamah Datuk Seri ya. Bila saya tanya soalan dan soalan itu adalah spesifik, Datuk Seri tolong lah jawab soalan itu secara spesifik melainkan saya suruh Datuk Seri memberikan penjelasan.
"Saya adalah pegawai mahkamah Datuk Seri. Saya dan rakan bijaksana saya, peguam-peguam Datuk Seri adalah pegawai mahkamah. Kami menjalankan tugas untuk menjalankan prosiding ini untuk mahkamah ini Datuk Seri. Saya minta sangat-sangat Datuk Seri tolong lah fokus, kalau tidak sampai malam kita di sini (mahkamah)," tegas Raja Rozela.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid bangun dan menyatakan anak guamnya perlu diberikan peluang untuk memberikan penjelasan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian berkata pendakwaan memberikan pandangan sedemikian kerana Ahmad Zahid tidak menjawab soalan secara spesifik, sebaliknya memberikan penjelasan.
"Kadangkala saksi diberikan peluang untuk memberikan penjelasan, tetapi apabila ditanya sama ada saksi setuju atau tidak, saksi hanya perlu menjawab sama ada setuju atau tidak. Oleh sebab itu pendakwaan berpandangan begitu," kata Hakim Sequerah.
Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik YAB selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022

Pihak pendakwaan hari ini menegur Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti 'kedai kopi' atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan dalam perbicaraan kes yang dihadapinya. - Gambar fail/BERNAMA

Kemalangan | 20 maut selepas bas terlanggar lori minyak
Sekurang-kurangnya 20 maut apabila sebuah bas merempuh lori tangki minyak di lebuh raya di Punjab, Pakistan. Menurut pihak berkuasa, kemalangan yang mencetuskan kebakaran itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari Lahore ke Karachi.

COVID-19 | lebih 100 ribu kes baru direkodkan di Jepun
Dunia masih lagi dihantui kes jangkitan COVID-19. Di Jepun, lebih 100 ribu kes baharu dilaporkan dengan 138 ribu 613 kes baharu, dengan 204 kes kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam yang lepas. Menurut laporan Sistem Penyiaran Tokyo (TBS), kemasukan data baharu itu sekali gus melonjakan angka keseluruhan kes di negara Matahari Terbit itu, dengan 1 juta 371 ribu kes setakat ini.

Hari Kemerdekaan | Geopolitik mengancam keselamatan serantau - Jokowi
Menjelang Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos, Presiden Joko Widodo menyeru seluruh rakyat supaya bersatu dan berwaspada dalam menghadapi pelbagai krisis. Ketika menyampaikan perutusannya di Parlimen, Jokowi memberitahu ahli Parlimen dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan bahawa geopolitik dunia boleh mengancam keselamatan serantau.

Presiden Baharu | Situasi di Kenya tenang, tiada rusuhan
Ibu kota Nairobi dilaporkan berada dalam keadaan tenang setakat ini meskipun dibimbangi berlakunya rusuhan selepas pemilihan William Ruto sebagai Presiden baharu Kenya. Tiada protes berlaku sehari selepas Ruto diisytiharkan sebagai Presiden selepas menewaskan veteran pembangkang yang juga merupakan seteru lama Ruto, Raila Odinga.

Cuaca Panas | Gelombang panas melanda China
Jutaan warga China berhadapan dengan cuaca panas melampau apabila kebanyakan kawasan selatan negara itu mencatatkan suhu melebihi 40 darjah celcius. Jabatan Meteorologi China telah mengeluarkan amaran tahap tertinggi gelombang panas untuk lima hari berturut-turut.

Palestin-Israel | Mahkamah Israel tolak rayuan tahanan Palestin
Mahkamah Tentera di Israel pada Isnin menolak rayuan pembebasan seorang banduan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar berterusan selama 165 hari. Khalil Awawdeh, salah seorang daripada banduan rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap hukumannya.

Kebakaran | Ribuan ekar hutan terbakar di Sepanyol
Lebih 1,000 penduduk di Alicante, Wilayah Pesisir Sepanyol terpaksa dipindahkan susulan kebakaran yang menyebabkan kemusnahan hampir 10,000 ekar hutan berdekatan. Menurut laporan berita tempatan, ratusan anggota bomba yang dikerah ke wilayah itu terus bergelut mengawal kebakaran yang berlaku di Bejis.

COVID-19 | Jill Biden positif COVID-19, alami simptom ringan
Wanita pertama yang juga isteri kepada Presiden Amerika Syarikat, Jill Biden disahkan positif COVID-19 pada Selasa. White House memaklumkan, Jill disahkan positif ketika sedang bercuti di rumah rehat keluarganya bersama Joe Biden serta anak di South Carolina.

Kertas Putih | Kaji langkah strategik demi sistem berdaya tahan
Malaysia perlu mengkaji langkah strategik bagi menjamin sistem kesihatan yang lebih lestari serta kalis masa depan. Ketua Eksekutif, Pusat Galen, Azrul Mohd Khalib berpandangan sudah tiba masanya negara melihat ia sebagai satu pelaburan agar sistem ini dapat menampung pelbagai isu yang kian berbangkit seperti penyakit tidak berjangkit, negara menua, kesihatan mental, serta isu tenaga kerja.

Isu LCS | Syor penubuhan RCI dibawa ke Kabinet
Kementerian Pertahanan akan mengemukakan kepada Kabinet berhubung syor penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal pembelian kapal tempur pesisir (LCS). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan tersebut ketika menjawab usul berkaitan projek pembinaan LCS yang dibawa oleh Senator Lim Hui Ying di Dewan Negara pada Selasa.

PRU15 kurang sesuai diadakan tahun depan - Zahid
Ahmad Zahid berpandangan PRU15 kurang sesuai diadakan tahun depan, atas faktor ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.

Kes rasuah Zahid: Pendakwaan tutup kes, hujahan lisan 1 Sept
Pendakwaan menutup kes selepas saksi ke-18, pegawai penyiasat SPRM V. Mahendran, selesai memberi keterangan.

UKSB serah wang tunai secara bulanan berjumlah SG$13.56 juta kepada Zahid - Saksi
Transaksi pembayaran wang tunai kepada Ahmad Zahid itu berlaku antara Oktober 2014 dan Mac 2018 selain ia direkodkan di dalam sebuah lejar milik UKSB.

Ahmad Zahid minta UKSB hulur sumbangan pada UMNO - Pegawai Penyiasat SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahmad Zahid telah meminta syarikat UKSB menghulurkan bantuan kewangan sebagai sumbangan politik kepada UMNO.

Isu LCS: 'Jangan beri alasan siasatan belum beres' - Anwar
Anwar berkata, ia berikutan projek tersebut merupakan satu masalah besar dalam negara dan tidak boleh ditutup dengan mudah.

PAC pertahan tindakan dedah laporan LCS
PAC menghormati keperluan untuk menjaga sensitiviti keselamatan negara, kata Pengerusinya, Wong Kah Woh.

Mahkamah tolak permohonan Ahmad Zahid untuk injuksi interim terhadap Muhyiddin
Hakim menolak permohonan atas alasan isu yang dibangkitkan mesti diputuskan dalam perbicaraan.

Jangan cuba lari dari tanggungjawab, Ahmad Zahid luluskan projek LCS - Liew Chin Tong
Timbalan Setiausaha Agung DAP itu mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak cuba lari daripada tanggungjawab.

Projek LCS: Gadai pertahanan negara, itu satu penderhakaan - Mukhriz
Mukhriz berkata berkata projek perolehan LCS itu satu lagi skandal yang disifatkan mirip 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Projek LCS: 'Tidak wajar kaitkan kegagalan perolehan kepada saya' - Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata tidak wajar kegagalan itu dikaitkan dengannya kerana beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu dianugerahkan.