awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2023
02:15 MYT
Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA
Ahmad Zahid Hamidi (depan) tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.58 pagi Isnin. - Gambar SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Mahkamah Tinggi di sini pada jam 8.58 pagi Isnin bagi menghadiri perbicaraan kes 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya.
Puluhan penyokong mula membanjiri lobi mahkamah sejak jam 7 pagi bagi mengikuti prosiding berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri yang hadir di mahkamah dengan memakai kot hitam, tiba di mahkamah dengan ditemani keluarga dan penyokong, antaranya anak perempuan, Nurulhidayah dan bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Ahmad Zahid, 70, telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada AGC sebagai asas pertimbangan agar pertuduhan terhadapnya digugurkan.
Surat representasi pertama telah dikemukakan pada Januari manakala yang terbaru, dengan fakta dan bukti baharu, dihantar kepada AGC pada Februari.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dibicarakan dengan 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kes mahkamah Zahid Hamidi
#47 tuduhan rasuah Zahid Hamidi
#Yayasan Akalbudi
#AMLA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan