Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya pada petang ini dan hari ini susulan ujian saringan COVID-19 yang dijalani bekas timbalan perdana menteri itu.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya menjalani ujian saringan itu di Hospital KPJ Tawakal di sini pada tengah hari semalam.
“Keputusan bagi ujian saringan pertama ialah negatif, bagaimanapun keputusan bagi ujian saringan kedua hanya akan diketahui dalam tempoh 24 jam iaitu pada petang esok.
“Jadi kami memohon perbicaraan yang berlangsung pada petang ini dan esok dilapangkan dan bersambung semula pada Isnin depan (28 Sept)," katanya semasa prosiding di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah semalam.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata pihaknya memahami keadaan tersebut dan tidak membantah permohonan pihak pembelaan itu.
"Namun, pihak pembelaan harus memaklumkan kepada mahkamah selepas menerima keputusan saringan kedua itu dengan kadar segera," katanya.
Hakim Sequerah membenarkan permohonan penangguhan itu dan menetapkan 28 Sept untuk perbicaraan bersambung.
Berdasarkan akaun media sosial rasmi milik presiden UMNO itu, beliau berada di Sabah sejak minggu lepas bagi kempen Pilihan Raya Negeri Sabah dan tiba di sini pada Ahad.
Pada prosiding pagi semalam, bekas setiausaha eksekutif kepada Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly memberitahu mahkamah bahawa beliau terlebih membayar kad kredit Ahmad Zahid daripada jumlah yang sepatutnya dengan menggunakan cek Yayasan Akalbudi.
Mazlina, 42, berkata sejak beliau mengambil alih tugas sebagai setiausaha eksekutif daripada Datuk Rosiah Osman pada 2011, semua buku cek Yayasan Akalbudi dan cek peribadi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berada dalam simpanannya.
"Semua buku cek itu disimpan di dalam laci berkunci di pejabat saya, tetapi apabila berlakunya peralihan kerajaan pada Mei 2018, saya tidak ingat dan tidak merekodkan serta tidak membuat catatan siapa yang memegang ‘cheque butt’ (keratan cek)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid, pada hari ke-41 perbicaraan Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zaidi: Mengapa Puan Mazlina guna tiga cek untuk bayar satu penyata kad kredit?
Mazlina: Bank tidak ada komplen (masalah) mengenai perkara itu.
Saksi pendakwaan ke-90 itu bersetuju dengan peguam bahawa setiap satu buku cek mengandungi 100 keping cek.
Ahmad Zaidi: Puan Mazlina ada simpan rekod atau buat nota bayaran yang menggunakan cek (Yayasan Akalbudi dan peribadi Ahmad Zahid) untuk bayar apa?
Mazlina: Tiada Yang Arif.
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 21 2020
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.