MALAYSIA

Ahmad Zahid keluar selepas lebih 8 jam beri keterangan kepada SPRM

Firdaus Azil 10/10/2018 | 09:36 MYT
Ahmad Zahid ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk beri keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. -Astro AWANI/Shahir Omar
Setelah lebih lapan jam, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akhirnya keluar dari Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas selesai memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.
Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan ditahan, walaupun pegawainya masih berpendapat beliau akan dibenarkan pulang petang ini.
Yayasan itu dikatakan berkait rapat dengan keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut dipanggil memberi keterangan ialah anak beliau sendiri iaitu Datuk Nurulhidayah, berserta anak tiri beliau Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmad Zahid, tiba di bangunan SPRM seawal 9.20 pagi, seperti biasa dalam keadaan ceria walaupun ini merupakan kali ketiga beliau dipanggil berhubung dakwaan penyelewengan itu.
Kali pertama dan kali kedua beliau dipanggil memberi keterangan ialah pada Julai lepas.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Media difahamkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyambung keterangannya di SPRM, 9.30 pagi esok.
#bekas timbalan Perdana Menteri #Nurulhidayah #penyelewengan dana #SPRM #UMNO #Yayasan Akal Budi #Zahid Hamidi