awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat

Bernama
Bernama
08/02/2026
15:45 MYT
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melancarkan buku Ijtihad Demi Rakyat di Taman Tamadun Islam, malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku berjudul Ijtihad Demi Rakyat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini malam ini.

Ringkasan AI
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku berjudul "Ijtihad Demi Rakyat" di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam.
  • Buku tersebut mengandungi petikan ucapan dan pencapaian utama beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
  • Melalui buku ini, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menekankan transformasi daripada perancangan kepada pelaksanaan bagi kesejahteraan masyarakat.

Buku itu merupakan kompilasi petikan ucapan dan pencapaian utama Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Turut hadir pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Buku Ijtihad Demi Rakyat itu ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
KKDW dalam kenyataan memaklumkan buku itu turut menghimpunkan petikan ucapan dan kerangka pemikiran serta pencapaian kementerian yang menterjemahkan mandat kepimpinan kepada tindakan tersusun, dengan mengambil bait ayat "Dari Langit Turunnya Mandat, kepada Desa Bakti Dipahat" yang dizahirkan melalui penulisan buku berkenaan.
Menurut KKDW, hasil nukilan Ijtihad Demi Rakyat itu mencerminkan perjalanan transformasi KKDW daripada perancangan kepada pelaksanaan, serta komitmen berterusan kementerian sebagai sebuah institusi yang berfungsi secara bersepadu.
"Ia merangkumi kepimpinan, bahagian dan agensi pelaksana bagi memastikan dasar bukan sahaja dirangka dengan baik, tetapi dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan masyarakat," menurut KKDW.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#lancar buku
#Ijtihad Demi Rakyat
#petikan ucapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan