Ahmad Zahid mohon maaf atas keterlanjuran

Sinar Harian
Ogos 11, 2018 08:51 MYT
Bekas timbalan perdana menteri itu memohon maaf atas segala keterlanjurannya selama ini dan sahabat-sahabatnya turut menjadi tetamu ALLAH SWT. - Gambar fail
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.
Menerusi catatan Twitter miliknya, bekas timbalan perdana menteri itu memohon maaf atas segala keterlanjurannya selama ini dan sahabat-sahabatnya turut menjadi tetamu ALLAH SWT.
“Assalamualaikum, hari ini saya berangkat ke tanah suci mengerjakan haji bersama isteri tercinta.
“Saya memohon maaf atas keterlanjuran dan kelemahan yang mungkin ada selama ini.
“Saya doakan agar semua sahabat dan teman akan mendapat jemputan menjadi tetamu ALLAH satu masa nanti,” katanya yang mengenakan jubah berwarna putih.

Assalamualaikum wrt wbt Hari ini saya berangkat ke tanah suci mengerjakan haji bersama isteri tercinta. Saya memohon maaf atas keterlanjuran & kelemahan yg mungkin ada selama ini. Saya doakan agar semua sahabat & teman akan mendapat jemputan menjadi tetamu Allah satu masa nanti. pic.twitter.com/wOSxJhTMTI

— Ahmad Zahid Hamidi (@Zahid_Hamidi) August 11, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmad Zahid turut berkongsi klip video suasana sebelum berangkat meninggalkan kediamannya.
Hadir sama, Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi mengiringi pemergian beliau ke Tanah Suci.
#Arab Saudi #Haji #Jamil Khir Baharom #Mekah #Presiden UMNO #UMNO #Zahid Hamidi