MALAYSIA
Ahmad Zaini pangku jawatan Presiden ISWAMI
Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman akan memangku jawatan Presiden bermula 1 Ogos 2025. - Gambar/ ISWAMI
TIMBALAN Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia–Indonesia (ISWAMI) Malaysia, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman akan memangku jawatan Presiden bermula 1 Ogos 2025 sehingga berlangsungnya Mesyuarat Agung ISWAMI yang dijangka berlangsung akhir tahun ini.
Ringkasan AI
Ia susulan peletakan jawatan, Presiden ISWAMI Malaysia, Ashwad Ismail yang berkuat kuasa pada 31 Julai 2025.
Ahli Majlis Tadbir ISWAMI Malaysia, Datuk Lichong Angkui mengusulkan Ahmad Zaini memangku jawatan Presiden dan disokong oleh Naib Presiden ISWAMI Malaysia, Kamarudin Mape.
Ia selaras Perkara 8 (vi), (vii) dan (viii) Perlembagaan ISWAMI, iaitu jika berlaku kekosongan jawatan Presiden (meletak jawatan atau sebagainya), jawatan berkenaan hendaklah dipangku Timbalan Presiden.
Proses pemilihan kepimpinan baharu akan berlaku pada Mesyuarat Agung bagi Penggal 2025-2027 pada akhir tahun ini.
Dalam pada itu, ISWAMI menghormati keputusan Ashwad meletakkan jawatan serta mengucapkan setinggi penghargaan kepada beliau dengan ucapan semoga maju jaya.
Mohd Shukri Ishak
Setiausaha Agung
Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia–Indonesia (ISWAMI) Malaysia
Ringkasan AI
- Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman akan memangku jawatan Presiden ISWAMI Malaysia bermula 1 Ogos 2025 susulan peletakan jawatan Ashwad Ismail yang berkuat kuasa pada 31 Julai 2025.
- Pelantikan pemangku Presiden dibuat mengikut Perlembagaan ISWAMI dan disokong oleh ahli Majlis Tadbir serta Naib Presiden ISWAMI Malaysia, Kamarudin Mape.
- Mesyuarat Agung ISWAMI bagi penggal 20252027 dijangka berlangsung akhir tahun ini untuk memilih kepimpinan baharu, sementara ISWAMI menghormati keputusan Ashwad dan mengucapkan penghargaan atas khidmat beliau.