GADGETS

AI generatif MAI-Voice-1 jana 1 minit audio dalam masa 1 saat

Amanz 29/08/2025 | 06:45 MYT
MAI-Voice-1 digunakan dalam Copilot Daily dan Podcasts, serta boleh diuji melalui Copilot Labs. -Foto Amanz
MICROSOFT AI (MAI) melancarkan model kecerdasan buatan terkini mereka MAI-Voice-1 yang boleh menjana audio sepanjang 1 minit dalam masa hanya 1 saat menggunakan 1 GPU sahaja.


Ringkasan AI
  • Microsoft AI melancarkan MAI-Voice-1 yang boleh menjana audio 1 minit dalam masa 1 saat menggunakan hanya 1 GPU.
  • MAI-Voice-1 digunakan dalam Copilot Daily dan Podcasts, serta boleh diuji melalui Copilot Labs.
  • Model ini direka untuk menjawab arahan harian dengan cekap dan pantas, setanding dengan Gemini dan ChatGPT.


Ia telah pun digunakan Microsoft pada ciri Copilot Daily dan Podcasts dengan ia boleh diuji pengguna menerusi Copilot Labs hari ini.

Menurut Microsoft, kerana kemampuan memproses yang amat pantas ini, MAI-Voice-1 ialah sistem menghasilkan perbualan paling cekap pernah dihasilkan.

Pengguna boleh menjana cerita sebelum tidur dalam bentuk audio dengan hanya memasukkan beberapa prom.

Ciri yang boleh dilakukan oleh MAI-Voice-1 ini sama seperti yang juga dilakukan oleh Gemini dan ChatGPT. Yang menjadikannya menarik ialah kepantasan audio boleh dijana.

MAI-Voice-1 dibangunkan khusus untuk pengguna yang memerlukan model AI yang pakar dalam mengikuti arahan dan memberikan respons yang berguna kepada pertanyaan harian. -Amanz





#Microsoft #MAI-Voice-1 #jana audio 1 minit #1 GPU