[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
GADGETS

AI generatif 'Veo 2' boleh digunakan pelanggan Gemini Advanced hari ini

Amanz 16/04/2025 | 03:50 MYT
Pelanggan Gemini Advanced kini boleh mengakses model AI Veo 2 untuk menjana video 8 saat pada resolusi 720p dalam format MP4. -Google
PELANGGAN Gemini Advanced kini boleh mengakses model kecerdasan buatan (AI) Veo 2 bermula hari ini.

Ringkasan AI
  • Pelanggan Gemini Advanced kini boleh mengakses model AI Veo 2 untuk menjana video 8 saat pada resolusi 720p dalam format MP4.
  • Terdapat had video yang boleh dijana setiap bulan tetapi Google tidak menyatakan had ini.
  • Veo 2 diumumkan oleh Google pada Disember tahun lalu dan kini boleh diakses menerusi Gemini Advanced dan Whisk di Google Labs.

Menerusi Veo 2, pelanggan boleh menjana video sepanjang 8 saat pada resolusi 720p dalam nisbah 16:9 serta format MP4.
Terdapat had video yang boleh dijana setiap bulan tetapi Google tidak mengatakan apakah had ini cuma notifikasi akan diterima apabila ia hampir habis.
AI generatif Veo 2 diumumkan oleh Google pada Disember tahun lalu tetapi akses dihadkan kepada pengguna tertentu sahaja dengan terdapat senarai menunggu yang panjang.
Selain diakses menerusi Gemini Advanced, Veo 2 juga boleh diakses menerusi Whisk di Google Labs. Veo 2 boleh menghasilkan video yang kelihatan realistik dan juga dalam format animasi.
Untuk mengakses model, Google mengatakan pengguna hanya perlu ke menu pilihan model AI yang terletak di bucu atas kiri laman Gemini Advanced.
Walaupun Google mengatakan pelanggan Gemini Advanced global boleh menggunakannya hari ini, kami tidak menemukan pilihan model Veo 2 dalam antara muka laman web pagi ini. -Amanz
#AI Generatif #Google #Gemini Advanced #jana video 8 saat