GADGETS
AI Google DeepMind ingin rawat semua penyakit, ujian klinikal rawatan kanser sedang disediakan

AlphaFold oleh Google DeepMind berjaya mengenal pasti lebih 200 juta struktur protein, mempercepatkan proses pembangunan ubat-ubatan. -Gambar fail/Amanz
PADA tahun 2022, kecerdasan buatan AlphaFold yang dibangunkan oleh Google Deepmind berjaya menemukan lebih 200 juta struktur protein yang boleh digunakan bagi menghasilkan ubat-ubatan.
Ringkasan AI
- Pada tahun 2022, AlphaFold oleh Google DeepMind berjaya mengenal pasti lebih 200 juta struktur protein, mempercepatkan proses pembangunan ubat-ubatan.
- Isomorphic Labs ditubuhkan untuk menggunakan AI dalam kajian rawatan penyakit, dan kini bersedia menjalankan ujian klinikal ubat kanser yang dijana oleh AlphaFold 3.
- Teknologi mRNA yang berkembang pesat pasca pandemik membuka jalan kepada vaksin kanser, dengan saintis BioNTech meramalkan ia akan menjadi realiti sebelum tahun 2030.
Menerusi model terkini AlphaFold 3, Isomorphic Labs kini sedang bersedia melalukan ujian klinikal rawatan kanser menggunakan ubat yang dijana oleh AI.
Isomorphic Labs tidak menyatakan apakah yang boleh dilakukan oleh ubat yang sedang dibangunkan serta jenis kanser yang menjadi sasaran.
Yang pasti ialah dalam tempoh tiga tahun selepas AlphaFold diumumkan ia sudah bersedia untuk menguji ubat yang dibangunkan kerana biasanya masa yang lebih lama diperlukan sebelum ujian klinikal boleh dilakukan.
Kanser ialah antara lima penyakit yang menyebabkan kematian tertinggi di dunia.
Kemajuan pemahaman sains mengenai teknologi mRNA yang berkembang pesat pasca pandemik membolehkan beberapa vaksin dibangunkan oleh Moderna, Pfizer, BioNTech dan Amazon sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci, dua saintis yang mencipta vaksin Comirnaty di BioNTech meramalkan vaksin menentang kanser akan menjadi realiti sebelum 2030. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami