MALAYSIA
'AI Summer Camp TVET' platform bakal graduan politeknik tingkat kemahiran AI
Program 'AI Summer Camp TVET Se-Malaysia 2025' menjadi platform untuk bakal lulusan politeknik dan institut kemahiran TVET meningkatkan kemahiran dalam bidang AI. - Foto Facebook Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS
ARAU: Program 'AI Summer Camp TVET Se-Malaysia 2025' menjadi platform untuk bakal lulusan politeknik dan institut kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini meningkatkan kemahiran dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Datuk Dr Mohd Zahari Ismail berkata program itu memberikan tumpuan kepada kesediaan dan kebolehpasaran bakal graduan yang sedang melanjutkan pelajaran di dua institusi tersebut di seluruh negara.
"Program ini antara lain adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula atau 'reskilling and upskilling' semua peserta yang terlibat...seterusnya diharapkan para peserta akan memperoleh manfaat daripada program ini khususnya dalam bidang kecerdasan buatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program itu yang disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di sini semalam.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Mohd Zahari berkata tiga politeknik dipilih sebagai tuan rumah program iaitu PTSS yang berlangsung pada 1 Julai hingga hari ini, Politeknik Bagan Datuk (PBD), Perak (7 hingga 10 Julai) dan Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan (14 hingga 17 Julai).
Sementara itu, Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata penganjuran program itu hasil inisiatif strategik pihaknya dengan sokongan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selain kerjasama pintar Institut Visual Informatik (IVI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan JPPKK.
"Pemilihan Perlis sebagai negeri pelancaran bukan sahaja signifikan dari segi simbolik malah mencerminkan komitmen negeri ini dalam memperkasakan bakat teknologi di peringkat akar umbi khususnya pelajar politeknik, kolej komuniti dan golongan asnaf.
"Dengan bermula dari Perlis, kita menghantar mesej jelas bahawa pembangunan bakat AI bukan hanya untuk bandar besar tetapi untuk semua. Kita mahu lahirkan pencipta AI, bukan sekadar pengguna," katanya dalam kenyataan media sempena majlis itu pada Jumaat.
-- BERNAMA

#AI Summer Camp TVET
#Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
#kecerdasan buatan
#kemahiran AI