awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
Krisis PN di Perlis tunjukkan parti itu lebih utamakan politik berbanding rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: Aliran trafik masuk ke Kelantan sesak petang ini - PDRM

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
09/07/2022
09:06 MYT
Aidiladha: Aliran trafik masuk ke Kelantan sesak petang ini - PDRM
Bagi melicinkan pergerakan kenderaan di kawasan bandar, semua lampu isyarat ditetapkan kuning dengan anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA BHARU: Polis Kelantan menjangkakan aliran trafik di negeri ini semakin sesak petang ini susulan kepulangan perantau yang pulang untuk menyambut Aidiladha.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata aliran trafik masuk ke negeri ini melalui pintu masuk Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli lancar pagi tadi.
"Jangkaan kita berlaku pertambahan kenderaan pada sebelah petang di laluan masuk ke Kelantan sama ada di Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh" katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Aidiladha | Trafik sesak, dijangka berterusan hingga malam raya
Pihak polis katanya, telah melancarkan Ops Lancar bermula semalam bagi membantu melancarkan aliran trafik yang dijangka meningkat hari ini sempena cuti sambutan Aidiladha esok.
"Aliran trafik di semua daerah lancar berdasarkan pemantauan dari malam hingga awal pagi tadi, ia berada pada skala satu di laluan masuk ke Kelantan manakala kawasan bandar berlaku kesesakan di lampu isyarat dan persimpangan jalan menuju ke kawasan bandar Kota Bharu," katanya.
Muhamad Zaki berkata bagi melicinkan pergerakan kenderaan, semua lampu isyarat ditetapkan kuning dengan anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas.
Sementara itu, Muhamad Zaki turut mengingatkan pemilik haiwan ternakan supaya tidak melepaskan ternakan mereka berkeliaran di jalanan kerana ia boleh mengundang kemalangan.
"Dari Januari hingga Jun tahun ini, terdapat 63 kes kemalangan melibatkan haiwan ternakan di jalan raya membabitkan laluan Kuala Krai-Machang dan Pasir Puteh.
"Pemilik ternakan perlu bertanggungjawab memastikan ternakan mereka dikawal kerana jika berlaku kemalangan melibatkan haiwan ternakan mereka, ada peruntukan undang-undang yang boleh dituduh ke atas pemilik ternakan.
"Seksyen 289 Kanun Keseksaan dan Seksyen 291 Kanun Keseksaan boleh digunakan ke atas pemilik ternakan kerana kecuaian hingga menyebabkan musibah dan kemalangan di jalan raya.
"Peruntukan undang-undang itu boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan jika sabit kesalahan apatah lagi jika membabitkan kemalangan maut," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#trafik sesak
#Kelantan
#haiwan ternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan