MALAYSIA
Aidiladha: Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama, meningkat di Lebuhraya KL-Karak

Trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak dan perlahan menjelang Aidiladha, terutama di Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di beberapa laluan arah utara dan selatan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak dan perlahan setakat 5 petang ini susulan pertambahan kenderaan warga kota yang keluar untuk menyambut Aidiladha di kampung halaman masing-masing.
Ringkasan AI
- Trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak dan perlahan menjelang Aidiladha, terutama di Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di beberapa laluan arah utara dan selatan.
- Antara lokasi terjejas termasuk Gombak ke Genting Sempah, Pasir Gudang ke Dato' Onn, Bukit Lanjan ke Rawang Selatan, serta Juru ke Perai dan Plaza Tol Juru.
- Laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih lancar, namun kesesakan berlaku di Lebuhraya Sungai Besi, menyebabkan laluan tidal diaktifkan dari Plaza Tol Mines Selatan ke UPM/Putrajaya antara 4 petang hingga 8 malam.
"Trafik turut sesak di Lebuhraya PLUS laluan E1 di arah utara dari Bukit Lanjan ke Rawang Selatan, Sungai Buaya ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Lembah Beringin dan dari Juru menuju Perai manakala PLUS E1 arah selatan, keadaan yang sama juga berlaku dari Juru Auto City ke Plaza Tol Juru," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata keadaan trafik masih lancar serta terkawal Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 di kedua-dua arah.
"Namun kesesakan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Sungai Besi, oleh itu satu laluan tidal selepas Plaza Tol Mines Selatan ke UPM/Putrajaya telah diaktifkan dari 4 petang hingga 8 malam ini," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami