awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP

Bernama
Bernama
30/05/2024
05:46 MYT
Aidiladha: Bantuan Insentif Khas RM500 kepada asnaf MAIWP
Beliau berkata Bantuan Insentif Khas itu akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan Bantuan Insentif Khas sebanyak RM500 kepada asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai persediaan menyambut Aidiladha.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata MAIWP memperuntukkan lebih RM16 juta daripada wang kutipan zakat untuk diagihkan kepada 32,300 asnaf yang terdiri daripada kategori asnaf fakir, miskin, mualaf dan ar-riqab.
Beliau berkata Bantuan Insentif Khas itu akan dikreditkan ke dalam akaun penerima selewat-lewatnya pada 14 Jun ini.
"Semoga wang zakat yang dibayar oleh para pembayar zakat melalui Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui MAIWP sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk menyantuni keperluan serta kebajikan asnaf di Wilayah Persekutuan dengan sebaik-baiknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
#MAIWP
#Mohd Na'im Mokhtar
#Aidiladha
#asnaf
#Bantuan Insentif Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan