Aidiladha disambut 1 Sept

Bernama
Ogos 22, 2017 14:16 MYT
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 1 Sept. -Gambar fail
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 1 Sept, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman mengumumkan malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1438 Hijrah ialah pada Rabu, 23 Ogos 2017.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 1 Sept 2017," katanya ketika mengumumkannya secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.
-- BERNAMA
#1 Zulhijjah #Aidiladha #hari raya #Islam #Mohd Aseral Jusman #Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja