Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
NATIONAL

Aidiladha disambut 31 Julai - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Astro Awani 21/07/2020 | 13:57 MYT
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini.
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan, malam Selasa, berkata tarikh terbabit sudah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1441 Hijriah ialah pada 22 Julai 2020 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari 31 Julai 2020 Masehi," menurut kenyataan itu.
#Aidiladha #hari raya #Malaysia #Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja #Yang di-Pertuan Agong