MALAYSIA
Aidiladha: Lebih 38,000 ekor lembu dibekalkan untuk ibadah korban - KPKM

KPKM menganggarkan keperluan korban sebanyak 34,451 ekor lembu dan kerbau serta 22,453 ekor kambing dan bebiri. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Sebanyak 38,804 ekor lembu dan kerbau dibekalkan di seluruh negara untuk ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Ringkasan AI
- Bekalan ternakan mencukupi: Sebanyak 38,804 ekor lembu dan kerbau serta 30,167 ekor kambing dan bebiri dibekalkan bagi ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di seluruh negara.
- Anggaran permintaan: KPKM menganggarkan keperluan korban sebanyak 34,451 ekor lembu dan kerbau serta 22,453 ekor kambing dan bebiri, dengan pertimbangan keperluan masjid, surau, dan rumah sembelih.
- Proses penyembelihan terkawal: Lesen diberikan kepada rumah sembelih swasta dan DVS, serta permit diperlukan bagi penyembelihan luar rumah sembelih. Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban turut disediakan sebagai rujukan.
KPKM memaklumkan anggaran permintaan bagi lembu dan kerbau untuk ibadah korban adalah 34,451 ekor manakala kambing dan bebiri sebanyak 22,453 ekor.
Menurut kenyataan itu jumlah anggaran berkenaan setelah mengambil kira keperluan masjid, surau dan rumah sembelih.
"Mengikut statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), stok bekalan lembu dan kerbau tempatan sehingga Mac 2025 adalah sebanyak 35,581 ekor manakala lembu dan kerbau yang diimport 3,223 ekor.
"Bagi kambing dan bebiri, terdapat 26,845 ekor stok bekalan tempatan dan 3,322 ekor lagi diimport," menurut kenyataan itu.
KPKM memaklumkan DVS turut mengeluarkan lesen kepada 40 rumah sembelih swasta di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mengendalikan sembelihan korban selain 27 rumah sembelih milik DVS.
"Bagi penyembelihan korban di luar rumah sembelih seperti di masjid, sekolah, taman perumahan, tempat awam dan lain-lain tempat, permohonan permit penyembelihan luar yang disertakan dengan dokumen berkaitan diperlukan bagi mendapatkan kebenaran.
"Orang ramai juga digalakkan untuk merujuk kepada Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban yang dikeluarkan DVS sebagai panduan asas dalam melaksanakan aktiviti penyembelihan ternakan korban," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami