awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: Orang ramai dinasihat lakukan ujian kendiri COVID-19 sebelum balik kampung

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
07/07/2022
07:26 MYT
Aidiladha: Orang ramai dinasihat lakukan ujian kendiri COVID-19 sebelum balik kampung
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.
Khairy berkata, ia perlu terutama jika seseorang itu mengalami gejala jangkitan seperti hidung berair, demam atau batuk.
Melalui status di laman sosial Twitternya, beliau berkata, orang ramai perlu berwaspada ketika menziarahi ahli keluarga dan sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup dan sesak.
Katanya lagi, Hari Raya Aidilfitri yang lalu menyaksikan bilangan kes harian melonjak kepada 3,410 kes pada 12 Mei 2022.
Ia berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat serta aktiviti perkumpulan ramai.
Jadi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha ini, teruskan berwaspada apabila pergi menziarah ahli keluarga. Pakai facemask apabila di kawasan tertutup dan sesak, amalkan #TRIIS. Lakukan self-test sebelum balik kampung. pic.twitter.com/dd3tJzcqpp
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 7, 2022
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#ujian kendiri
#balik kampung
#Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan