[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Aidiladha: Orang ramai dinasihat lakukan ujian kendiri COVID-19 sebelum balik kampung

Rahimah Abdullah 07/07/2022 | 07:26 MYT
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai agar melakukan ujian pengesanan COVID-19 secara kendiri sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.
Khairy berkata, ia perlu terutama jika seseorang itu mengalami gejala jangkitan seperti hidung berair, demam atau batuk.
Melalui status di laman sosial Twitternya, beliau berkata, orang ramai perlu berwaspada ketika menziarahi ahli keluarga dan sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup dan sesak.
Katanya lagi, Hari Raya Aidilfitri yang lalu menyaksikan bilangan kes harian melonjak kepada 3,410 kes pada 12 Mei 2022.
Ia berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat serta aktiviti perkumpulan ramai.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Aidiladha #Khairy Jamaluddin #COVID-19 #ujian kendiri #balik kampung #Menteri Kesihatan