[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Aidiladha perlu jadi medan muhasabah dan pengukuhan ukhuwah Islamiah - Fahmi

Bernama 06/06/2025 | 15:30 MYT
Sambutan Aidiladha seharusnya menjadi medan muhasabah untuk menzahirkan ketaatan tulus kepada Allah SWT dan memperkukuh ukhuwah Islamiah, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. - Foto FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Sambutan Aidiladha seharusnya menjadi medan muhasabah untuk menzahirkan ketaatan tulus kepada Allah SWT dan memperkukuh ukhuwah Islamiah, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata Aidiladha mengingatkan umat Islam terhadap kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan puteranya, Nabi Ismail AS yang menjunjung tinggi perintah Allah dengan penuh keikhlasan dan tawakal.

"Aidiladha adalah lambang ketaatan dan pengorbanan... semoga Hari Raya Aidiladha ini menjadi medan muhasabah buat kita semua dalam menzahirkan ketaatan yang tulus kepada Allah SWT," kata beliau yang turut mendoakan agar segala amalan umat Islam diterima Allah SWT pada hari yang penuh keberkatan ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha esok.

-- BERNAMA

#Aidiladha #medan muhasabah #ukhuwah Islamiah #Fahmi Fadzil