awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidiladha: PM Anwar sertai takbir raya secara langsung

Hilmi Malik
Hilmi Malik
28/06/2023
12:00 MYT
Aidiladha: PM Anwar sertai takbir raya secara langsung
Sesi berkenaan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri pertama yang mengadakan bacaan takbir raya secara langsung berbanding sebelum ini yang hanya dibuat secara rakaman. -Astro AWANI
KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyertai sesi takbir raya sempena sambutan Aidiladha yang akan dibuat secara langsung.
Laungan takbir raya secara langsung itu akan diadakan di Masjid Taman Rakan, Kajang sejurus selepas selesai solat fardu maghrib.
Terdahulu, Anwar tiba di masjid berkenaan pada jam 7.20 malam dan terlebih dahulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat maghrib secara berjemaah.
Ketibaan beliau yang lengkap dengan pakaian baju Melayu disambut beberapa ahli jawatankuasa masjid berkenaan.
Sesi berkenaan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri pertama yang mengadakan bacaan takbir raya secara langsung berbanding sebelum ini yang hanya dibuat secara rakaman.
Laungan takbir raya secara langsung itu akan disiarkan sekitar jam 8.10 malam menerusi platform Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Difahamkan, beliau akan menunaikan solat sunat Aidiladha esok di Masjid Putra, Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Aidiladha
#Laungan takbir raya secara langsung
#Masjid Taman Rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan