awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Aliran trafik bergerak perlahan di Kuala Krai, Gua Musang malam ini

Bernama
Bernama
02/04/2025
14:31 MYT
Aidilfitri: Aliran trafik bergerak perlahan di Kuala Krai, Gua Musang malam ini
Mazlan berkata anggota polis yang bertugas masih dapat mengawal peningkatan kenderaan itu dengan baik. - Gambar fail/Bernama
KUALA KRAI: Aliran trafik membabitkan beberapa jalan Persekutuan di jajahan Kuala Krai dan Gua Musang mula bergerak perlahan setakat 9 malam ini, berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata anggota polis yang bertugas masih dapat mengawal peningkatan kenderaan itu dengan baik.
"Simpang di Bukit Sireh agak perlahan memandangkan ada kenderaan yang keluar dari Kampung Kuala Nal ke jalan utama.
"Kita jangka kenderaan semakin bertambah pada 6 Mac depan kerana sesi persekolahan mula dibuka pada keesokan harinya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo pula berkata aliran trafik di jajahan tersebut juga turut bergerak perlahan di beberapa kawasan akibat hujan serta pertambahan kenderaan.
"Nasihat saya kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa ketika berada di atas jalan raya, sekiranya mengantuk atau berasa letih perlu ambil masa untuk berehat terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#aliran trafik
#sesi persekolahan
#jalan utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan