awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Aliran trafik di Kuala Krai, Gua Musang terkawal malam ini

Bernama
Bernama
27/03/2025
13:42 MYT
Aidilfitri: Aliran trafik di Kuala Krai, Gua Musang terkawal malam ini
Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan membabitkan jajahan Kuala Krai dan Gua Musang dilaporkan bergerak perlahan setakat 9 malam ini, susulan orang ramai mula pulang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA KRAI: Aliran trafik di beberapa jalan utama Persekutuan membabitkan jajahan Kuala Krai dan Gua Musang dilaporkan bergerak perlahan setakat 9 malam ini, susulan orang ramai mula pulang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata walaupun bergerak perlahan tetapi aliran trafik masih lagi terkawal kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mula mengaktifkan 'amber light' atau lampu kuning di beberapa lampu isyarat seperti Peladang dan Daskoh.
"Namun begitu pengguna masih lagi berhati-hati ketika melalui persimpangan lampu isyarat di Guchil hingga ke simpang Sungai Durian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo pula berkata pihaknya menjangkakan peningkatan kenderaan berlaku pada tengah malam ini sehingga esok.
"Apabila banyak kenderaan kita akan buat penarikan trafik di lokasi berkenaan sebagai contoh, petang tadi kita buat di sekitar Bandar Gua Musang sepanjang lima kilometer kerana kesesakan berlaku kira-kira 10 hingga 15 minit," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#Aidilfitri
#Kuala Krai
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan