awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Aliran trafik di Lebuhraya KL-Karak sesak, dijangka berterusan hingga esok

Bernama
Bernama
05/04/2025
05:00 MYT
Aidilfitri: Aliran trafik di Lebuhraya KL-Karak sesak, dijangka berterusan hingga esok
LLM memaklumkan peningkatan berganda jumlah kenderaan itu mengakibatkan kesesakan lebih 20 kilometer bermula dari Karak hingga Lentang, setakat 10.40 pagi ini.
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas selesai menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan peningkatan berganda jumlah kenderaan itu mengakibatkan kesesakan lebih 20 kilometer bermula dari Karak hingga Lentang, setakat 10.40 pagi ini.
"Kesesakan ini sudah dijangka dan akan berlarutan hingga esok (Ahad) disebabkan orang ramai dari kampung sudah bergerak pulang ke Kuala Lumpur untuk mula bekerja selepas menyambut Aidilfitri," katanya kepada Bernama.
Jurucakap memaklumkan, aliran trafik turut mengalami sedikit kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2 menuju ibu negara.
"Trafik sesak di laluan E1 dari Permatang Pauh ke Perai, Juru Autocity ke Plaza Tol Juru, Taiping ke Changkat Jering dan sesak lebih 3.8 km dari Terowong Menora menghala ke Kuala Lumpur.
"Di Lebuhraya PLUS, laluan E2 arah Selatan, trafik perlahan dari Kulai ke Sedenak manakala di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2, aliran trafik dilaporkan masih lancar setakat ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LLM
#lebuh raya Karak
#info trafik
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan