awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Anak Kelantan digalak lakukan RTK-AG sebelum balik kampung

Bernama
Bernama
24/04/2022
09:21 MYT
Aidilfitri: Anak Kelantan digalak lakukan RTK-AG sebelum balik kampung
Polis Kelantan menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan pada sambutan Aidilfitri ini. - Gambar fail/ Bernama
KOTA BHARU: Anak Kelantan di perantauan yang akan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di negeri ini digalakkan untuk melakukan ujian saringan RTK-AG bagi membendung penularan COVID-19.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata walaupun bukan paksaan, inisiatif itu adalah antara kaedah terbaik dilakukan bagi menjamin keselamatan bersama khususnya kepada ibu bapa dan keluarga di kampung.
Beliau berkata masyarakat juga dinasihatkan agar kekal patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dalam menyambut Aidilfitri walaupun negara kini berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik.
"Kita masih belum bebas (wabak COVID-19) sepenuhnya. Saling menziarahi itu boleh, namun jaga SOP dengan memakai pelitup muka serta menjaga jarak terutama ketika berkumpul di rumah saudara-mara dan sebagainya walaupun sudah lengkap menerima vaksin dan dos penggalak.
"Malah mengikut SOP kenduri dan majlis keraian telah dibenarkan, jadi rumah terbuka juga dibolehkan tetapi dengan kapasiti yang dibenarkan serta dilakukan secara bersederhana," katanya selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada wakil Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di kediamannya di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Polis Kelantan menjangkakan lebih dua juta kenderaan akan memasuki Kelantan pada sambutan Aidilfitri ini, dengan purata kenderaan keluar masuk ke negeri ini sekitar 300,000 hingga 350,000 sehari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anak Kelantan
#balik kampung
#Aidilfitri
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan