NATIONAL

Aidilfitri: Harga terkawal, bekalan mencukupi - PM

Umavathi Ramayah 27/03/2025 | 05:15 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada kempen turun harga dan perletakan logo Singgah Madani di Mydin USJ hari ini. - Foto Bernama
SUBANG JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga barangan asas sempena Aidilfitri masih terkawal dan tiada kenaikan harga.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa harga barangan asas sempena Aidilfitri masih terkawal dan tiada kenaikan harga.
  • Pemantauan oleh KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berjaya mengekang kenaikan harga, menjadikan tahun ini antara yang terbaik dalam sejarah kawalan harga menjelang musim perayaan.
  • Pemantauan rapi pihak berkuasa juga memastikan bekalan barang keperluan mencukupi ketika ini.

Beliau berkata, pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berjaya mengekang kenaikan harga, menjadikan tahun ini antara yang terbaik dalam sejarah kawalan harga menjelang musim perayaan.
"Tahun ini... saya berterima kasih kepada KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana ini kali pertama dalam sejarah, yang saya ingat menjelang Syawal, harga itu terkawal.
"Saya (berada) dalam kerajaan sejak 80-an dan (pernah) mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet (bagi menangani isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan) menjelang Hari Raya dan Tahun Baharu Cina, ini kali pertama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Turun Harga dan Peletakan Logo Malaysia MADANI di pasar raya besar Mydin di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memberitahu, pemantauan rapi pihak berkuasa juga berjaya memastikan bekalan barang keperluan mencukupi ketika ini.
[TERKINI] Tiada kenaikan harga menjelang Aidilfitri, bekalan mencukupi
#Aidilfitri #Anwar Ibrahim #Harga Barangan #kpdn #terkini