KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan 80 peratus cuti pegawai dan anggota bomba di seluruh negara bagi siap siaga sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kecemasan dan kebakaran sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata pembekuan cuti itu melibatkan 10,174 keanggotaan dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 30 April.
"Persediaan awal yang dilaksanakan oleh JBPM bagi mencegah berlakunya kebakaran semasa musim perayaan, antaranya melalui kempen kesedaran keselamatan kebakaran yang disasarkan kepada komuniti perumahan, pusat-pusat perniagaan dan lain-lain.
"Masyarakat diingatkan untuk sentiasa meningkatkan aspek keselamatan pencegahan kebakaran di premis dan kediaman masing-masing sebelum pulang ke kampung agar tidak berdepan sebarang kerugian," katanya kepada Bernama.
Selain kempen yang dijalankan secara fizikal, e-pembelajaran juga dilaksanakan melalui medium media sosial seperti Facebook, Telegram, Youtube dan TikTok.
"Risiko berlakunya kebakaran meningkat pada musim perayaan dan penting untuk semua pihak meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengambil langkah mencegah kebakaran," katanya.
Ditanya sama ada JBPM ada mengenal pasti kawasan hotspot berpotensi berlaku kebakaran, Abdul Wahab berkata tiada hotspot kebakaran struktur boleh dikenal pasti memandangkan kebakaran struktur berlaku di atas beberapa faktor dan tidak terikat dengan hanya satu faktor seperti peningkatan suhu.
"Walau bagaimanapun JBPM tetap bersedia dan mengambil kira premis-premis yang menjadi tumpuan orang ramai untuk sambutan Hari Raya dan sempena Ramadan.
"JBPM juga meningkatkan tahap penguatkuasaan dengan menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran sebagai langkah bagi mencegah kebakaran," katanya.
Selain itu, JBPM juga melaksanakan penempatan pasukan bersedia yang menjalankan rondaan secara berjadual beberapa lokasi di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur yang dikenal pasti sebagai laluan utama.
"Fokus utama pelaksanaan ini adalah bagi mempercepatkan tempoh tindak balas pasukan dan golden hours bagi menyelamatkan nyawa mangsa," katanya.
Sementara itu, Abdul Wahab berkata JBPM tidak melaksanakan rondaan khusus berkaitan penggunaan mercun dan bunga api, justeru beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika musim perayaan bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
JBPM juga menempatkan pasukan yang sedia menjalankan rondaan secara berjadual di beberapa lokasi sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur. - Gambar hiasan
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Lelaki ditahan selepas keluarkan kata-kata kesat terhadap polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.
Jangan berani ambil risiko redah air banjir - Bomba
Nor Hisham berkata sikap terlalu yakin itu boleh mengundang pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Bomba selamatkan tiga sekeluarga terperangkap dalam kebakaran
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 2.58 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota dari BBP Andalas ke lokasi.
JBPM jadual cuti secara bersasar hadapi MTL
Nor Hisham berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada anggotanya di kawasan tertentu yang akan terlibat.
745 kawasan dikesan berisiko banjir di Johor, tertinggi pernah direkodkan - Bomba
Batu Pahat merupakan daerah dengan kawasan berisiko banjir paling banyak iaitu 186 kawasan.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.