NATIONAL

Aidilfitri: Kelantan isytihar 25 April sebagai hari kelepasan am

Bernama 20/04/2023 | 13:23 MYT
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata arahan berkenaan dipersetujui dan berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 25 April (Selasa) iaitu 4 Syawal sebagai hari kelepasan am (cuti peristiwa) negeri itu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata arahan berkenaan dipersetujui dan berkuat kuasa serta-merta.

"Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan hari Selasa, 25 April 2023 sebagai hari kelepasan am bagi negeri Kelantan," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA
#Kelantan #Aidilfitri #hari kelepasan am #25 april #Ahmad Yakob