awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Kenderaan keluar dari ibu kota meningkat, aliran trafik semakin perlahan

Bernama
Bernama
29/03/2025
10:15 MYT
Aidilfitri: Kenderaan keluar dari ibu kota meningkat, aliran trafik semakin perlahan
Pada sebelah petang, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya PLUS bagi laluan E1 dan E2 di kedua-dua arah dan KLK. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan, menjelang sambutan Aidilfitri.
Setakat 4.30 petang, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi laluan E1 dan E2 di kedua-dua arah dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Lebuhraya PLUS E1 arah utara, trafik perlahan dari Bukit Tagar ke Tanjung Malim, Sungkai ke Bidor, Tapah ke Gopeng, Sungai Perak ke Taiping serta Perai ke Bukit Mertajam.
"Bagi Lebuhraya PLUS E2 arah selatan, trafik semakin padat dari Nilai ke Hentian Rehat dan Rawat Seremban, Seremban ke Senawang serta Simpang Ampat ke Ayer Keroh.
"Bagi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2, kenderaan bergerak perlahan di Kuala Terengganu dan di Lebuhraya KLK pula, trafik masih perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Bentong," katanya kepada Bernama.
Akaun rasmi X PLUS Trafik pula memaklumkan berlaku kemalangan di Lebuhraya PLUS E2 KM273.1 arah utara dari Bandar Ainsdale ke Bandar Baru Nilai dengan lorong kanan terhalang dan trafik perlahan.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan akaun X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta akaun X @llmtrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#kesesakan
#PLUS
#info trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan