awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Kerja penyelenggaran jalan dihentikan sementara, elak kesesakan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/04/2022
14:33 MYT
Aidilfitri: Kerja penyelenggaran jalan dihentikan sementara, elak kesesakan
Fadillah berkata langkah itu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya tetapi kerja kecemasan jalan raya di lebuh raya utama akan dijalankan jika perlu. - Bernama
DENGKIL: Semua kerja penyelenggaraan yang menyebabkan penutupan jalan di lebuh raya utama akan dihentikan sementara dari 29 April hingga 9 Mei.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Bagaimanapun katanya, kerja-kerja kecemasan di lebuh raya utama akan dijalankan jika perlu.
“Pemegang konsesi lebuh raya juga telah diarah meningkatkan rondaan bagi memberi sokongan secukupnya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
“Pasukan respons kecemasan melibatkan Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) juga akan ditempatkan di lokasi yang berisiko tinggi,” katanya ketika melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri, pada Selasa.
Fadillah turut menasihati pengguna lebuh raya supaya menghubungi Pusat Pemantauan Trafik (TMC) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk maklumat terkini trafik lebuh raya.
“Pengguna juga dinasihatkan merujuk kepada Cadangan Masa Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh LLM dan syarikat konsesi lebuh raya untuk memastikan perjalanan lancar,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Aidilfitri
#lebuh raya
#kerja penyelenggaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan