awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Lebih 700 anggota polis Selangor bertugas pastikan kelancaran trafik

Bernama
Bernama
25/03/2025
13:37 MYT
Aidilfitri: Lebih 700 anggota polis Selangor bertugas pastikan kelancaran trafik
Hussein berkata, 49 kereta peronda polis dan 87 anggota unit rondaan bermotosikal akan menjalankan rondaan di 18 lokasi dijangka mengalami kesesakan teruk. - Bernama
KAJANG: Polis Selangor menugaskan 71 pegawai dan 646 anggota bagi memastikan kelancaran aliran trafik sempena Aidilfitri.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata 49 kereta peronda polis dan 87 anggota unit rondaan bermotosikal akan menjalankan rondaan di 18 lokasi dijangka mengalami kesesakan teruk.
Beliau berkata lokasi terbabit antaranya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Plaza Tol Gombak, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Kuala Selangor-Rawang dan Plaza Tol Sungai Besi.
"Kita menjangkakan 1.6 juta kenderaan akan keluar dan masuk di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena hari raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Azrin Borhan.
Sementara itu, mengenai kejadian samun bersenjata api di sebuah kedai emas di Kota Damansara Sabtu lepas, Hussein berkata siasatan kes itu kini hampir selesai.
Beliau berkata polis telah merakamkan 12 keterangan termasuk saksi dan suspek yang merupakan seorang anggota polis bantuan sebuah syarikat utiliti.
Sebelum ini, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 32 tahun selepas disyaki melarikan tujuh dulang barang kemas dengan kerugian dianggarkan bernilai RM2 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Selangor
#kelancaran trafik
#Aidilfitri
#kesesakan
#lebuh raya
#polis
#anggota bertugas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan