[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
NATIONAL

Aidilfitri: Penjawat awam Terengganu terima RM500 daripada Kerajaan MADANI

Bernama 24/03/2025 | 09:40 MYT
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan langkah itu, susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ke Terengganu pada 21 Mac. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI bersetuju membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 kepada lebih 14,000 penjawat awam Kerajaan Negeri Terengganu.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan langkah itu, susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ke Terengganu pada 21 Mac.
Menurut kenyataan itu, BKKA itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi menyerikan persiapan menyambut lebaran.
"Semoga sumbangan ini membawa sedikit kegembiraan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi," menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Kewangan, Kerajaan MADANI kekal komited dengan prinsip kesaksamaan dan pendekatan yang manusiawi agar kemakmuran negara dapat dirasai secara bersama, sejajar dengan wawasan Menaikkan Lantai dalam kerangka Ekonomi MADANI.
-- BERNAMA
#Aidilfitri #Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri #terengganu #Kerajaan Madani #terkini