Aidilfitri: Terengganu ubah cuti peristiwa kepada 4 Mei

Nur Fazlizai Ali
Mei 2, 2022 03:58 MYT
Ahmad Samsuri berkata perubahan tarikh cuti peristiwa itu dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengubah cuti hari kelepasan am atau cuti peristiwa sempena Aidilfitri pada 4 Mei iaitu Rabu.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perubahan tarikh cuti peristiwa itu dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei.
Katanya, memandangkan 1 Syawal jatuh pada 2 Mei, Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk menjadikan Rabu 4 Mei sebagai cuti peristiwa menggantikan tarikh asal pada Khamis 5 Mei.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Terengganu mengisytiharkan 5 Mei sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidilfitri sekiranya 1 Syawal jatuh pada 3 Mei.
#Aidilfitri #Ahmad Samsuri Mokhtar #terengganu #cuti hari kelepasan am atau cuti peristiwa