[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Aidilfitri: Terengganu umum Ahad hari kelepasan am

Bernama 25/03/2025 | 15:27 MYT
Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini (30 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri. - Foto Facebook Ahmad Samsuri Mokhtar
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Ahad ini (30 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri.
"Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjadikan hari Ahad, 30 Mac 2025 sebagai cuti peristiwa atau Hari Kelepasan Am sempena Aidilfitri 1446 Hijrah.
"Manfaatkan ruang ini untuk bersama keluarga tercinta. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin," kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi satu kenyataan di Facebooknya, malam ini.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri ada mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan pada 30 Mac ini bersempena dengan sambutan Aidilfitri.
-- BERNAMA
#Aidilfitri #terengganu #Ahad #hari kelepasan am