KOTA BHARU: Sebanyak 28,000 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara ke semua destinasi di Semenanjung bagi perjalanan bermula Selasa (26 April) sehingga 2 Mei ini sempena sambutan Aidilfitri habis dijual.
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata antara tiket paling laris bagi tempoh itu adalah bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
"Kita jangkakan hampir 4,000 penumpang sehari bagi perjalanan ke seluruh negara. Kalau waktu biasa kita beroperasi dengan sebanyak 90 perjalanan sahaja sehari namun untuk menjelang musim perayaan nanti kita tambahkan lagi 30 perjalanan menjadikan sebanyak 120 perjalanan sehari.
"Insya-Allah kita cuba menyempurnakan hajat mereka yang sudah lama tidak pulang beraya bersama keluarga dengan menyediakan perkhidmatan ini. Pihak kami juga akan melihat dari semasa ke semasa terutamanya dari segi operasi sama ada perlu ada pertambahan perjalanan atau pun tidak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan zakat kepada 300 anak yatim piatu termasuk ibu tunggal di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Che Ibrahim berkata Konsortium E-Mutiara mampu untuk menampung kapasiti perjalanan berkenaan terutamanya ketika Aidilfitri memandangkan pihaknya mempunyai seramai 150 pemandu dengan 70 bas.
"Mereka akan ditugaskan mengikut jadual yang ditetapkan oleh bahagian operasi bagi memastikan mereka mendapat rehat yang sepatutnya untuk mengurang sebarang kejadian yang tidak diingini. Malah, bas kami juga diselenggarakan mengikut syarat yang ditetapkan.
"Alhamdulillah, kami juga bersyukur perkhidmatan bas kini dapat beroperasi dengan sepenuhnya. Walaupun pendapatan kami masih berada di bawah paras pendapatan sebenar namun industri ini dilihat bertambah baik dan kembali pulih dari semasa ke semasa ," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022
Konsortium E-Mutiara mampu untuk menampung kapasiti perjalanan berkenaan terutamanya ketika Aidilfitri memandangkan pihaknya mempunyai seramai 150 pemandu dengan 70 bas. - Gambar hiasan/ Bernama
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aidilfitri: Lebih 50,000 tiket habis dijual dalam tempoh dua jam
Sebanyak 53,370 tiket bas untuk perjalanan ke Kelantan dari Kuala Lumpur habis terjual dalam tempoh dua jam, kata Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail.
Tambang bas cekik darah, Gopeng-Johor Bahru RM241
Kementerian Pengangkutan diminta mengambil tindakan terhadap pengusaha bas ekspres yang didapati menaikkan harga tambang sempena cuti sambutan Tahun Baharu Cina.
Tiket pengangkutan awam laris menjelang sambutan Aidiladha
Kira-kira 218,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh Semenanjung Malaysia disediakan TBS dan setakat ini kira-kira 180,000 tiket telah terjual.
50,000 tiket bas balik raya sudah terjual - E-Mutiara
Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara) sudah menjual 50,000 tiket bas ekspres bagi perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara bermula 14 April hingga malam Aidilfitri.
Luaskan inisiatif pas bulanan ke semua negeri - Mahasiswa
Penekanan juga perlu diberikan kepada adaptasi kaedah pembayaran bebas tiket fizikal bagi semua pengangkutan awam.
Menjelang Syawal: Lebih 28,000 tiket bas ke Kota Bharu habis dijual
Perjalanan membawa penumpang ke Kelantan dijangka bermula pada 26 April sehingga menjelang malam 1 Syawal.
Aidilfitri: Tiket bas Kuala Lumpur-Kota Bharu antara paling laris
Sebanyak 28,000 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara ke semua destinasi di Semenanjung bagi perjalanan bermula Selasa (26 April) sehingga 2 Mei ini sempena sambutan Aidilfitri habis dijual.
Tiket bas balik raya laris bak 'pisang goreng panas'
Shahrin berkata pada tahun ini 45 peratus tiket dibeli secara dalam talian dan beliau menjangka penjualan tiket itu akan terus meningkat pada minggu ini.
Penjualan tiket VTL Malaysia-Singapura dibuka semula - Khairy
Kuota tiket bas dan penerbangan yang dijual dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada.
Polis Kedah pantau terminal bas sempena Tahun Baru Cina
Penumpang akan dipastikan mempunyai surat kebenaran polis sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan dan sekiranya tiada, mereka akan terus dikompaun dan diarah patah balik.