awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: WCE mula sibuk, jangka terima 170,000 kenderaan sehari

Bernama
Bernama
27/03/2025
10:31 MYT
Aidilfitri: WCE mula sibuk, jangka terima 170,000 kenderaan sehari
Dijangka lebih 170,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya WCE dalam sehari sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mencatatkan peningkatan aliran trafik sejak Isnin lalu dengan jangkaan terkini lebih 170,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya tersebut dalam sehari sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Ringkasan AI
  • Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) mencatatkan peningkatan aliran trafik dengan jangkaan lebih 170,000 kenderaan sehari sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
  • WCE menambah bilangan pasukan rondaan untuk memastikan kelancaran perjalanan dan menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan lebih awal serta mengelakkan waktu puncak.
  • Kemudahan pengecasan untuk kenderaan elektrik disediakan di beberapa lokasi hentian sebelah WCE seperti SAE, Assam Jawa, Trong, dan Taiping Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix, berkata lonjakan trafik dijangka bermula hari ini hingga Ahad ini dan kembali meningkat pada 5 hingga 6 April depan.
Menurut beliau, sebagai persediaan menghadapi lonjakan trafik itu, pihaknya telah menambah bilangan pasukan rondaan bagi memastikan kelancaran perjalanan serta memberikan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan.
"Kami menggalakkan semua pengguna lebuh raya agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bertimbang rasa ketika memandu dalam tempoh yang sibuk ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lyndon turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan mengelakkan waktu puncak, terutama pada hari sebelum raya.
"Bagi pengguna kenderaan elektrik (EV), kemudahan pengecasan turut disediakan di beberapa lokasi hentian sebelah WCE, antaranya di SAE, Assam Jawa, Trong, dan Taiping Selatan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat
#WCE
#Aidilfitri
#peningkatan aliran trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan