Janji untuk memberi tangan palsu 3D kepada Ainaa Amanda Shahzali, 8, yang menjadi viral tahun lalu akibat diejek oleh rakan sekolah kerana tidak mempunyai tangan tetap akan dilunaskan.
Pereka tangan palsu 3D, Sujana Mohd Rejab berkata tidak timbul isu tidak menepati janji atau mengunakan kanak-kanak itu sebagai publisiti seperti yang dibangkitkan oleh keluarga Ainaa baru-baru ini di laman sosial Facebook.
Menurut beliau, pemberian tangan palsu itu merupakan projek peribadinya dan tidak melibatkan projek 20 tangan 3D yang dibuat bersama Kolej Komuniti Taiping.
Kata Sujana, pihaknya telah pun merancang untuk memulakan pembuatan tangan palsu 3D untuk Ainaa sebaik sahaja projek 20 tangan 3D itu selesai pada Oktober ini.
Jelas beliau lagi, salah faham itu timbul selepas terdapat beberapa pihak beranggapan Ainaa terdiri daripada 20 individu yang terpilih di dalam program berkenaan.
“Bagi saya itu saya anggap sebagai salah faham sahaja, jadi saya tidak menyimpan dendam.
“Ini adalah projek peribadi saya dan InsyaAllah Ainaa akan dapat tangan itu kerana kami sudah berjanji,” kata Sujana ketika ditemui pemberita.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran penyerahan tangan 3D pertama di Taiping pada Selasa.
Dalam majlis itu, Amirul Nur Rayyan Amirul Faiz, 6, dari Perai, Pulau Pinang menjadi kanak-kanak pertama menerima tangan palsu 3D itu.
Projek itu merupakan salah satu daripada projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sujana bersama Kolej Komuniti Taiping.
Astro Awani
Thu May 26 2016
Sujana tetap akan tunaikan janjinya untuk berikan tangan palsu kepada Ainaa.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
'Ainaa tetap akan terima tangan palsu'
Proses pembuatan tangan palsu Ainaa akan bermula Oktober ini selepas selesai projek 20 Tangan 3D bersama Kolej Komuniti Taiping.
Tangan palsu Ainaa: 'Apa yang berlaku hanya salah faham' - Wakil penaja
Penyenaraian nama Ainaa dibuat sebagai tambahan dalam senarai sedia ada dan pihak mereka belum berkesempatan memaklumkan kepada keluarga kanak-kanak berkenaan.
Janji tinggal janji, keluarga Ainaa Amanda kesal anak jadi bahan raih publisiti
Video adik Ainaa Amanda Shazali, mengadu kepada ibunya bagaimana dia diejek rakan-rakan kerana keadaan dirinya viral sekitar awal tahun lalu.
Ainaa Amanda teruja dapat tangan bionik
Jelas terpancar kegembiraan di wajah Ainaa Amanda Shahzali yang menerima set tangan bionik daripada seorang ahli perniagaan, baru-baru ini.