Prof Datin Paduka Aini Ideris dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) selama dua tahun bermula 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2019.
Menurut kenyataan pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi UPM hari ini, Aini telah menerima surat pelantikan rasmi daripada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini.
Aini merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kepercayaan, peluang dan amanah kepada beliau untuk menerajui UPM selama dua tahun lagi bagi meneruskan legasi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada universiti.
"Pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggung jawab yang amat besar bagi saya. Insya Allah saya akan menjalankan tugas ini dengan terbaik demi kecemerlangan UPM dan pendidikan tinggi Malaysia. Saya berdoa agar dikurniakan kekuatan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik oleh yang Maha Esa.
"Dengan pelantikan ini, saya akan terus berusaha untuk meningkatkan pencapaian UPM sebagai sebuah universiti penyelidikan unggul yang mengharumkan nama negara di peringkat global," katanya.
Aini pertama kali dilantik sebagai Naib Canselor UPM pada 1 Januari 2016 bagi tempoh hingga 31 Disember 2017.
Antara pencapaian terbaik UPM semasa Aini menjawat jawatan sebagai Naib Canselor ialah memperkukuhkan ranking ke-229 universiti terbaik dunia dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2017/2018 selain mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik dalam negara dan mencatat kenaikan kedudukan sebanyak empat tahun berturut-turut. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 04 2017
Aini dilantik semula sebagai Naib Canselor UPM selama dua tahun bermula 1 Januari 2018. - BERNAMA/Fail
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
UPM perbaiki kedudukan dalam QS World University Rankings 2021
Ia merupakan peningkatan secara berterusan selama tujuh tahun berturut-turut, sekali gus membolehkan UPM mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia.
Aini Ideris dilantik semula Naib Canselor UPM
Prof Datin Aini Ideris dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia selama dua tahun bermula 1 Januari 2018.