NATIONAL
AIPA: Malaysia tegaskan komitmen berterusan, ambil kira aspek serantau - PM Anwar
Anwar berucap pada Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN ke-14 (ASEAN-AIPA Interface), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Isnin. -Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Malaysia akan meletakkan komitmen berterusan dalam Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN ke-14 (ASEAN-AIPA Interface) dengan mengambil kira beberapa aspek penting serantau.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan hal-hal berkaitan keselamatan makanan, perubahan iklim, transformasi digital, dan pembangunan ekonomi yang inklusif.
“Suara rakyat kita yang disuarakan melalui wakil mereka yang dipilih mesti diambil kira dalam setiap keputusan yang membentuk rantau kita,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian selepas selesai Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN ke-14 (ASEAN-AIPA Interface), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Isnin.
Anwar berkata peluang untuk mengetengahkan tema 'Parlimen di Barisan Hadapan untuk Pertumbuhan Inklusif dan ASEAN yang Mampan' datang tepat pada masanya.
Jelasnya, ketika ASEAN melangkah ke fasa baharu dalam Pembinaan Komuniti, AIPA akan menjadi rakan utama memudahkan pencapaian aspirasi rakyat.
“Ini termasuk memacu kemajuan merentasi tiga tonggak utama dan memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan ASEAN,” katanya.
ASEAN-AIPA Interface yang berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, bakal menjadi platform khas untuk dialog antara ketua negara dan kerajaan ASEAN serta speaker, timbalan speaker, serta wakil ahli Parlimen AIPA.
ASEAN-AIPA Interface dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membawa tema ‘Parliament at the Forefront for Inclusive Growth and a Sustainable ASEAN'.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Malaysia menegaskan komitmen berterusan dalam ASEAN-AIPA Interface ke-14 dengan memberi tumpuan kepada isu keselamatan makanan, perubahan iklim, transformasi digital, dan pembangunan ekonomi inklusif.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya suara rakyat melalui wakil parlimen diambil kira dalam pembentukan dasar serantau, selaras dengan tema -Parlimen di Barisan Hadapan untuk Pertumbuhan Inklusif dan ASEAN yang Mampan-.
- ASEAN-AIPA Interface menjadi platform dialog antara pemimpin ASEAN dan wakil parlimen AIPA, bertujuan memperkukuh kerjasama dalam pembinaan komuniti dan meningkatkan daya tahan rantau ini.