NATIONAL
AIPA tekankan penyertaan wanita, belia dalam pembangunan ASEAN
Johari (foto) berkata, mesej yang kuat perlu dihantar agar lebih ramai wanita dilibatkan dalam pembangunan negara dan proses membuat keputusan di peringkat nasional serta serantau. -Bernama
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN ke-14 (ASEAN-AIPA Interface) menegaskan bahawa penyertaan wanita dan golongan muda perlu diberikan penekanan dalam usaha membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif dan progresif.
Ringkasan AI
Presiden AIPA, Tan Sri Johari Abdul berkata, mesej yang kuat perlu dihantar agar lebih ramai wanita dilibatkan dalam pembangunan negara dan proses membuat keputusan di peringkat nasional serta serantau.
“Seperti yang disebut Presiden Filipina dan disokong pemimpin Vietnam serta Timor-Leste, perlu ada penekanan terhadap penyertaan wanita dan belia.
“Kita perlukan lebih ramai wanita dalam pembinaan negara,” katanya.
Pada masa sama, Johari yang juga Yang Di-Pertua Dewan Rakyat berkata, penyertaan wanita di Malaysia dalam beberapa sektor tertentu sangat memberangsangkan, khususnya dalam perkhidmatan awam dan pendidikan.
Bagaimanapun, beliau akui bahawa dalam bidang politik dan beberapa sektor lain, (penyertaan wanita di) Malaysia masih ketinggalan berbanding beberapa negara ASEAN.
“Dalam perkhidmatan awam, khususnya perkhidmatan sokongan dan pendidikan, penyertaan wanita melebihi 50 peratus.
“Malah, di kampus-kampus, populasi pelajar wanita jauh mengatasi pelajar lelaki.
“Ini adalah bidang yang kita mahu dorong agar penyertaan wanita muda menjadi lebih aktif dan memainkan peranan yang lebih besar,” tambahnya lagi.
Selain itu, Johari turut menekankan kepentingan memberi ruang kepada golongan muda sebagai persediaan menjadi pemimpin masa hadapan selaras dengan aspirasi generasi baharu.
Tambah beliau, perancangan dasar negara dan rantau mesti melibatkan perspektif generasi muda agar ASEAN terus relevan dan berdaya saing dalam dunia yang semakin kompleks.
“Anak muda hari ini adalah pemimpin masa depan. Maka, segala perancangan kita, sama ada politik, ekonomi, sosial mahu pun pendidikan, perlu mengambil kira harapan dan pandangan mereka,” tegasnya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Perhimpunan ASEAN-AIPA Interface ke-14 menekankan pentingnya penyertaan wanita dan golongan muda dalam pembangunan ASEAN yang lebih inklusif dan progresif, dengan sokongan pemimpin dari Filipina, Vietnam dan Timor-Leste.
- Presiden AIPA, Tan Sri Johari Abdul, menyatakan bahawa walaupun penyertaan wanita di Malaysia tinggi dalam sektor awam dan pendidikan, namun masih ketinggalan dalam bidang politik dan sektor lain berbanding negara ASEAN lain.
- Johari turut menegaskan keperluan melibatkan perspektif generasi muda dalam perancangan dasar politik, ekonomi, sosial dan pendidikan agar ASEAN kekal relevan dan berdaya saing.