[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

Air bau diesel, operasi LRA Sungai Linggi dihentikan

Sinar Harian 13/04/2025 | 03:50 MYT
Sains terpaksa menghentikan operasi LRA Sungai Linggi berikutan masalah sumber air mentah berbau diesel.
SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) terpaksa menghentikan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi berikutan masalah sumber air mentah berbau diesel.
Sains dalam kenyataannya pada jam 9 pagi memaklumkan gangguan tersebut melibatkan kawasan Port Dickson dan Seremban.
"Kawasan di Port Dickson yang terlibat iaitu dari sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning dan Tampin Linggi hingga sekitar kawasan Pekan PD.
"Selain itu, dari kawasan Pekan Port Dickson sehingga sekitar kawasan Lukut, dari simpang Bukit Palong, Chuah dan Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A," katanya dalam kenyataan itu.
Menurutnya, bagi kawasan Seremban pula ialah dari Pekan Rantau sehingga sebahagian kawasan Sungai Gadut.
Tambahnya, loji akan beroperasi semula secara berperingkat setelah punca air mentah tidak lagi berbau (0 ton).
"Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Pusat Panggilan 1-300-88-6982," katanya. - Sinar Harian
#bau diesel #LRA Sungai Linggi #sumber air mentah #Sains