awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Empangan Bakun dilepaskan hari ini, warga Kapit diarah berwaspada

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
30/05/2022
06:12 MYT
Air Empangan Bakun dilepaskan hari ini, warga Kapit diarah berwaspada
Saiz takungan air di Empangan Bakun sekitar 695 kilometer persegi dan berdasarkan peraturan operasi alur limpahan, takungan air itu perlu diturunkan enam hingga lapan meter di bawah tahap bekalan penuh. - Foto: Jabatan Penerangan Malaysia
KAPIT: Penduduk daerah ini khususnya pengguna laluan sungai dan perkapalan di hilir Empangan Hidroelektrik Bakun dinasihatkan berwaspada susulan operasi pelepasan air secara terkawal di empangan Hidroelektrik Bakun yang bermula hari ini.
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dalam satu kenyataan memberitahu operasi pelepasan air itu akan dilaksanakan bermula 30 Mei hingga 13 Jun depan.
“Pengguna laluan sungai dan perkapalan di hilir Empangan Hidroelektrik Bakun dinasihatkan untuk mengambil tindakan awal dari aspek keselamatan serta berwaspada kerana kawasan hilir tersebut dijangka mengalami peningkatan paras air.
“Pelepasan air itu juga bertujuan memastikan bekalan air sentiasa mencukupi semasa sambutan Hari Gawai dan Perayaan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah peringkat negeri Sarawak di Kapit pada 5 dan 6 Jun depan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Terdahulu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Kapit telah mengeluarkan notis paras air sungai rendah pada Rabu, 25 Mei dan menasihati pengguna untuk menyimpan air yang secukupnya bagi keperluan harian.
Saiz takungan air di Empangan Bakun sekitar 695 kilometer persegi dan berdasarkan peraturan operasi alur limpahan, takungan air itu perlu diturunkan enam hingga lapan meter di bawah tahap bekalan penuh.
Maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan perkara itu boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Sarawak Energy Berhad yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 88 311.
Topic Berkaitan
#Empangan Bakun
#Yang di-Pertuan Agong
#bekalan air
#Jabatan Bekalan Air Luar Bandar JBALB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan