awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Air naik mendadak, penduduk terperangkap banjir'

Sinar Harian
Sinar Harian
29/09/2023
16:54 MYT
'Air naik mendadak, penduduk terperangkap banjir'
Lebih lima kampung di kawasan Kelewek dilanda banjir apabila air naik sehingga setinggi kira-kira 0.7 meter berikutan hujan lebat pada Jumaat. - Sinar Harian
TANAH MERAH: Lebih lima kampung di kawasan Kelewek di sini dilanda banjir apabila air naik sehingga setinggi kira-kira 0.7 meter berikutan hujan lebat pada Jumaat.
Kampung-kampung terlibat antaranya Kampung Kelewek, Kampung Repoh jagung dan Kampung Air Sejuk.
Seorang penduduk, Mohamad Shukri Mat Yaacob, 39, berkata, hujan berlaku sekitar jam 4 petang hingga 7 malam dan turun dengan lebat menyebabkan keadaan air cepat naik di kawasan itu hingga melimpah ke jalan-jalan yang dilalui penduduk.
Katanya, keadaan banjir itu pernah berlaku di kawasan tersebut sebelum ini namun tidak seburuk kejadian yang terbaharu tersebut.
“Biasanya apabila hujan lebat beberapa jam, banjir kilat akan berlaku di kawasan Kelewek dan air naik setinggi hingga 0.2 meter sahaja.
“Kali ini, air naik dengan cepat sedalam kira-kira 0.5 hingga 0.7 meter di sesetengah kawasan terutama di jalan-jalan kampung menyebabkan penduduk tidak dapat keluar atau masuk dengan kenderaan seperti kereta dan motosikal ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Jumaat.
Menurut Mohamad Shukri, rumahnya terletak di Repoh Jagung dan tidak jauh daripada rumah mentuanya yang sudah pun dinaiki air separas 0.2 meter.
Katanya, hujan masih turun di kawasan itu secara renyai-renyai dan penduduk mula mengemas barangan rumah bimbang air akan naik lagi.
“Air sudah mulai surut kerana hujan lebat sudah pun reda tetapi belum sepenuhnya.
“Mujurlah barang-barang rumah mentua sempat dialihkan daripada terus digenangi air dan kami akan terus berjaga-jaga dengan keadaan ini,” ujar lelaki itu.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#ari naik mendadak
#penduduk terperangkap banjir
#hujan lebat
#Kelewek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan