awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Jumlah mangsa di Kota Kuala Muda meningkat

Bernama
Bernama
18/10/2016
02:32 MYT
Air pasang besar: Jumlah mangsa di Kota Kuala Muda meningkat
Ombak besar membadai pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar di sekitar Kota Kuala Muda pada Isnin. - Foto Bernama
Mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di enam buah kampung di Kota Kuala Muda yang dipindahkan ke empat pusat pemindahan meningkat kepada 94 orang daripada 27 keluarga berbanding 85 orang semalam.
Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Lt Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad berkata pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan bagaimanapun hanya melibatkan penduduk kawasan Kampung Sungai Meriam.
"Sehingga pukul 4.00 pagi tadi, seramai 21 mangsa daripada enam keluarga telah dipindahkan berbanding hanya 12 mangsa daripada tiga keluarga, sewaktu pusat pemindahan di rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Meriam dibuka pada pukul 1.30 pagi semalam.
"Bilangan mangsa di tiga lagi pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala, Dewan Kampung Paya dan Dewan Masjid Haji Yusof Bukit Kecil kekal seperti sebelum ini," katanya kepada Bernama.
Katanya seramai 29 mangsa daripada 12 keluarga dari Kampung Masjid, Kampung Ujung Matang dan Kampung Padang Salim masih berada di SK Seri Kuala.
"Seramai 20 lagi mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Paya juga masih ditempatkan di Dewan Kampung Paya manakala 24 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Sungai Yu kini berada di Dewan Masjid Haji Yusof Bukit Kecil," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fenomena pasang besar
#Kota Kuala Muda
#pasang besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan